Jumaat, Julai 24, 2009

Catatan kali ini adalah hasil rujukan daripada blog Blalang. Semoga mendapat manfaat daripada Xchange seperti yang terdapat pada blog ini!

Kepada para nuffnanger, Nuffnang telah menyediakan satu widget yang membenarkan para penulis blog bertukar-tukar trafik sesama nuffnanger yang diberi nama Xchange.

Meletakkan widget Xchange Nuffnang di blog seperti di blog ini sebelah bawah kanan yang bersifat 'floating' iaitu apabila kita scroll down, widget tersebut akan tetap berada di kedudukannya.

Rasanya ramai yang sudah mengetahui perkara ini tetapi catatan ini lebih ditujukan kepada nuffnanger yang sudah mengetahui tetapi tidak pasti apakah kelebihan meletakkan widget ini.

Tujuannya hanya satu, iaitu menarik trafik dari blog nuffnanger lain, iaitu apabila kita membuat catatan baru, RSS tulisan kita itu akan muncul di blog nuffnanger lain. Jika ada yang tertarik dengan catatan anda, mereka akan menekan pautan widget tersebut.

Sebab itulah widget ini diberi nama Xchange, iaitu kita boleh bertukar-tukar link dengan nuffnanger lain.

Secara tidak langsung, kita boleh menambah pengunjung ke blog kita terutamanya pengunjung-pengunjung baru yang kali pertama datang ke blog kita. Ingatlah bahawa lebih trafik, duit pun lebih!

Diharapkan agar pengunjung-pengunjung baru ini akan mengklik mana yang patut untuk membantu kita mencari duit internet seperti Nuffnang ini.

Tagged:

0 ulasan:

Catat Ulasan