Memaparkan catatan dengan label Cara Meningkatkan Trafik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara Meningkatkan Trafik. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 03, 2009

Banyak laman menyediakan web ping. Cari sahaja perkataan 'ping' di Google, pasti anda akan menemukan jawapannya. Antara laman popular yang selalu digunakan untuk ping adalah Pingler dan juga Ping My Blog.

Ping bertujuan memberitahu semua jenis enjin carian agar cepat menghantar tentera jaringan ke blog kita. Ini akan membuatkan setiap catatan, tidak sampai 10 minit sudah ada di Google. Ingat, lakukan sehari sekali atau mungkin setiap kali selepas anda membuat catatan baru.

Rabu, Julai 29, 2009

Sebagaimana yang kita maklum, Youtube merupakan ‘gergasi besar’ dalam bidang laman web koleksi video. Terdapat beberapa sebab kenapa laman web Youtube begitu popular :

1. Antara laman web terawal dalam bidang sebegini. Selepas Youtube begitu popular, barulah muncul pelbagai laman web yang cuba meniru konsep Youtube, seolah-olah tumbuh bagaikan cendawan.

2. Perkhidmatan percuma. Tiada caj yang dikenakan untuk mengupload video mahupun menonton video.

3. Perkhidmatan memuaskan.

4. Terlalu banyak koleksi video yang terkumpul di sana. Sudah tentu semakin banyak pilihan, semakin disukai ramai. Sebagai contoh untuk pemahaman, antara kedai runcit dan supermarket, yang manakah lebih disukai pengguna? Sudah tentu jawapannya supermarket lebih disukai ramai dan lebih popular. Kenapa? Kerana banyak pilihan di sana.

Antara konsep meningkatkan trafik kunjungan pelawat, tidak kiralah samada ke blog atau laman web, kita perlu bijak mencuri trafik dari laman web yang sudah mempunyai trafik yang tinggi. Trafik bermaksud jumlah pelawat laman web atau blog.

Caranya mudah sahaja untuk ‘mencuri’ trafik dari Youtube. Hantar video milik anda, tidak kiralah apa sahaja, hantar dan upload ke Youtube. Dan jangan lupa menyelitkan nama blog atau alamat atau URL laman web anda dalam video tersebut. Jadi, apabila para pelawat Youtube menonton video tersebut, mereka akan ternampak nama atau alamat atau URL laman web anda. Sudah tentu, secara tidak langsung, ini adalah satu cara pengiklanan yang berkesan! Ia tidak kelihatan seperti iklan di TV yang benar-benar seperti iklan mempromosi barang, tetapi menghantar video ke Youtube + alamat laman web anda adalah cara pengiklanan secara tidak langsung, yang tentunya lebih berkesan.

Ia sangat berkesan. Semakin banyak yang anda hantar, semakin banyak trafik yang akan anda dapat. Ini kerana, semakin banyak anda menghantar video, semakin ramai yang akan menonton video-video anda, dan sudah tentulah semakin ramai yang mengenali alamat laman web anda (melalui kaedah yang saya nyatakan tadi). Cubalah jika tidak percaya. Malah, banyak kes telah menunjukkan kejayaan melalui kaedah ini. Selamat mencuba.

Catatan ini dipetik daripada http://www.wangcyber.com ..