Rabu, Julai 29, 2009

Sebagaimana yang kita maklum, Youtube merupakan ‘gergasi besar’ dalam bidang laman web koleksi video. Terdapat beberapa sebab kenapa laman web Youtube begitu popular :

1. Antara laman web terawal dalam bidang sebegini. Selepas Youtube begitu popular, barulah muncul pelbagai laman web yang cuba meniru konsep Youtube, seolah-olah tumbuh bagaikan cendawan.

2. Perkhidmatan percuma. Tiada caj yang dikenakan untuk mengupload video mahupun menonton video.

3. Perkhidmatan memuaskan.

4. Terlalu banyak koleksi video yang terkumpul di sana. Sudah tentu semakin banyak pilihan, semakin disukai ramai. Sebagai contoh untuk pemahaman, antara kedai runcit dan supermarket, yang manakah lebih disukai pengguna? Sudah tentu jawapannya supermarket lebih disukai ramai dan lebih popular. Kenapa? Kerana banyak pilihan di sana.

Antara konsep meningkatkan trafik kunjungan pelawat, tidak kiralah samada ke blog atau laman web, kita perlu bijak mencuri trafik dari laman web yang sudah mempunyai trafik yang tinggi. Trafik bermaksud jumlah pelawat laman web atau blog.

Caranya mudah sahaja untuk ‘mencuri’ trafik dari Youtube. Hantar video milik anda, tidak kiralah apa sahaja, hantar dan upload ke Youtube. Dan jangan lupa menyelitkan nama blog atau alamat atau URL laman web anda dalam video tersebut. Jadi, apabila para pelawat Youtube menonton video tersebut, mereka akan ternampak nama atau alamat atau URL laman web anda. Sudah tentu, secara tidak langsung, ini adalah satu cara pengiklanan yang berkesan! Ia tidak kelihatan seperti iklan di TV yang benar-benar seperti iklan mempromosi barang, tetapi menghantar video ke Youtube + alamat laman web anda adalah cara pengiklanan secara tidak langsung, yang tentunya lebih berkesan.

Ia sangat berkesan. Semakin banyak yang anda hantar, semakin banyak trafik yang akan anda dapat. Ini kerana, semakin banyak anda menghantar video, semakin ramai yang akan menonton video-video anda, dan sudah tentulah semakin ramai yang mengenali alamat laman web anda (melalui kaedah yang saya nyatakan tadi). Cubalah jika tidak percaya. Malah, banyak kes telah menunjukkan kejayaan melalui kaedah ini. Selamat mencuba.

Catatan ini dipetik daripada http://www.wangcyber.com ..

Isnin, Julai 27, 2009

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini untuk meningkatkan trafik ke blog anda!

Tip yang sangat mudah untuk diaplikasikan ini ialah dengan menandakan semua pilihan yang ada di dalam soalan keenam pada kaji selidik (survey) ketika kita memasukkan pautan blog kita ke dalam Nuffnang.



Selamat maju jaya!

Sabtu, Julai 25, 2009

Catatan kali ini dikutip daripada blog Syahrulnizam untuk dikongsi bersama-sama pembaca sekalian.

Tip-tipnya sangat mudah, iaitu :

1) Bina sebanyak mungkin blog,
2) letakkan ketiga-tiga saiz iklan,
3) tulis sebanyak mungkin catatan dalam Innit.Nuffnang, dan
4) promosikan blog kepada saudara-mara dan teman-teman.

Selamat mencuba!

Jumaat, Julai 24, 2009

Catatan kali ini adalah hasil rujukan daripada blog Blalang. Semoga mendapat manfaat daripada Xchange seperti yang terdapat pada blog ini!

Kepada para nuffnanger, Nuffnang telah menyediakan satu widget yang membenarkan para penulis blog bertukar-tukar trafik sesama nuffnanger yang diberi nama Xchange.

Meletakkan widget Xchange Nuffnang di blog seperti di blog ini sebelah bawah kanan yang bersifat 'floating' iaitu apabila kita scroll down, widget tersebut akan tetap berada di kedudukannya.

Rasanya ramai yang sudah mengetahui perkara ini tetapi catatan ini lebih ditujukan kepada nuffnanger yang sudah mengetahui tetapi tidak pasti apakah kelebihan meletakkan widget ini.

Tujuannya hanya satu, iaitu menarik trafik dari blog nuffnanger lain, iaitu apabila kita membuat catatan baru, RSS tulisan kita itu akan muncul di blog nuffnanger lain. Jika ada yang tertarik dengan catatan anda, mereka akan menekan pautan widget tersebut.

Sebab itulah widget ini diberi nama Xchange, iaitu kita boleh bertukar-tukar link dengan nuffnanger lain.

Secara tidak langsung, kita boleh menambah pengunjung ke blog kita terutamanya pengunjung-pengunjung baru yang kali pertama datang ke blog kita. Ingatlah bahawa lebih trafik, duit pun lebih!

Diharapkan agar pengunjung-pengunjung baru ini akan mengklik mana yang patut untuk membantu kita mencari duit internet seperti Nuffnang ini.

Selasa, Julai 21, 2009

Apakah yang dilakukan oleh Noorizam Shah untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM200-RM500 setiap bulan daripada Nuffnang?

Di bawah ini adalah perkara-perkara yang disenaraikan oleh beliau :

1. Beliau memasang ketiga-tiga saiz iklan di dalam blog.
2. Beliau juga memasang iklan-iklan ini di enam blog beliau yang lain. (Tidak boleh didedahkan)
3. Beliau hanya mempunyai satu sahaja blog yang bertrafik tinggi.
4. Blog bertraffik tinggi tersebut ialah NoorizamShah.com
5. Beliau sentiasa mengemaskini setiap hari blog tersebut. Beliau tidak mempunyai masa untuk mengemaskini blog-blog yang lain.
6. Beliau menggunakan Global CPC Ads pada semua blog yang dipasang iklan Nuffnang.
7. Setiap blog yang mempunyai iklan Nuffnang, beliau tidak memasang iklan dari Advertlets.com.
8. Setiap blog yang mempunyai iklan Nuffnang, 90% target beliau ialah pelawat dari Malaysia.
9. Beliau sentiasa memasuki akaun Nuffnang untuk mengemaskini akaun.
10. Jika mempunyai masa terluang, beliau akan ping akaun beliau di Innit.Nuffnang.
11. Beliau akan sentiasa memastikan akaun member beliau berstatus glitterati.
Assalamualaikum..

Blog ini direalisasikan untuk berkongsi dengan teman-teman maya sekalian mengenai iklan Nuffnang..